
Selain penawaran Samsung Galaxy A51 & Samsung Galaxy A71, syarikat gergasi terkemuka Korea tersebut juga membawakan Samsung Galaxy S10 Lite & Galaxy Note10 Lite ke pasaran tempatan. Kedua – dua peranti ini merupakan varian terbaru “bajet” untuk siri Galaxy 10 yang menawarkan skrin besar dan bateri lebih hebat.
BACA JUGA:
- Pandang Pertama Samsung Galaxy A71 Memang Buat Korang Tidak Keruan
- Reviu Eksklusif: Samsung Galaxy A71 Peranti Hisptur Dengan Kuasa Luar Biasa!

Bagi yang berminat, kedua – dua model ini didatangkan dengan storan 8GB RAM + 128GB ROM dan boleh di pra – tempah bermula hari ini sehingga 5 Februari ini. Setiap pra tempahan didatangkan dengan penawaran hadiah menarik berupa band kecergasan Galaxy Fit bernilai RM369 secara percuma. Harga dan ketersediaan adalah seperti berikut :
| MODEL | HARGA | WARNA | HADIAH PERCUMA |
| Samsung Galaxy S10 Lite | RM2,699 |
|
Galaxy Fit bernilai RM369 |
| Samsung Galaxy Galaxy Note10 Lite | RM2,299 |
|
Galaxy Fit bernilai RM369 |

