Apple Mungkin Mengadakan Acara Istimewa Penghujung Mac Ini – Perkenal iPhone 9 (SE 2) Pada April?

Tersebar khabar angin mengatakan Apple dalam perancangan mengadakan acara istimewa pada musim bunga. Laporan yang memetik sumber-sumber berkata ia dijangka pada penghujung bulan Mac ini. Pada masa sama, Apple juga dilaporkan bakal melepaskan iPhone 9 (atau mungkin juga dikenali sebagai iPhone SE 2) pada 3 April kelak.

Jika benar Apple mengadakan acara isitimewa pada penghujung Mac dan melepaskan iPhone 9 pada 3 April, ramai mula berspekulasi iOS 13.4 akan dikeluarkan pada minggu yang sama. iOS 13.4 termasuk ciri-ciri baru seperti perkongsian folder iCloud Drive, pelekat Memoji baru dan banyak lagi. So, kita tunggu!

You might also like