OPPO Find X2 Mungkin Tersedia Dengan Lensa Periskop Zoom Sehingga 60X Yang Dinaik Taraf

OPPO kini dalam persediaan pengenalan sebuah lagi peranti baharu iaitu OPPO Find X2. OPPO didakwa mungkin muncul dengan dua versi di bawah siri ini – Find X2 versi standard dan Find X2 Pro. Kebocoran terbaru mendedahkan OPPO Find X2 Pro akan dilengkapi lensa telefoto periscope yang dinaik taraf – ia menyokong zoom digital sehingga 60X dengan prestasi yang dikatakan lebih baik berbanding OPPO Reno 10X Zoom.

Kebocoran sebelum ini melaporkan OPPO Find X2 mungkin membawakan paparan bersaiz 6.5″ dengan rekaan berlubang. Paparan ini dijangka menyokong resolusi QHD + dengan kadar refresh 120Hz. OPPO berkata mereka akan berkongsi lebih banyak maklumat pada masa akan datang dan ia dijangka muncul secara rasmi pada bulan Mac kelak.

You might also like