DisplayMate: Samsung Galaxy S20 Ultra Merupakan Peranti Dengan Skrin Terbaik

Siri Samsung Galaxy S20 baru sahaja dilancarkan dengan masing-masing mempunyai spesifikasi terkini, dan seperti kebiasaan varian Galaxy S20 Ultra merupakan peranti flagship di mana merangkumi teknologi terkini padanya.


BACA JUGA:

 

Selain prestasi dalaman yang baik, peranti Samsung juga amat terkenal dengan kualiti paparan skrinnya. Panel AMOLED yang disertakan mempunyai kualiti warna yang menawan di samping mampu memaparkan butiran yang jelas bahkan tajam dan cukup menyerlah.

Justeru itu, Samsung sekali lagi menerima pengiktirafan dari DisplayMate bahawa Galaxy S20 Ultra mempunyai skrin terbaik dalam peranti pintar tersedia selain Galaxy Note10+, OnePlus 7 Pro dan Google Pixel 4 XL.

Melalui DisplayMate, Galaxy S20 Ultra berjaya mencapai skor A+ di mana ia mempunyai Wide Color Gamut yang baik, kandungan DCI-P3 yang jitu dan warna sRGB yang tepat pada paparan skrinnya.

_________________

BACA JUGA:

 

 

You might also like