Xiaomi Mi 10 Pro Terus Jadi Bualan – Mungkin Muncul Dengan 16GB RAM & Bateri 5,250mAh?

Peranti baharu Xiaomi terus menjadi bualan ramai. Terkini, imej didakwa memaparkan spesifikasi utama peranti dikatakan telah muncul di arena web – sekaligus memberi gambaran sebenar mengenai penawarannya.

Memetik imej tersebar, Mi 10 Pro mungkin membawakan paparan berukuran 6.4″ dengan resolusi FHD+ (2080 x 1080 piksel). Ia mungkin dijana oleh cip pemproses Snapdragon 865 dengan paduan memori sehingga 16GB RAM dan storan sehingga 512GB. Berdasarkan kebocoran ini, kita boleh menjangkakan peranti ini bakal didatangkan dengan varian yang berkuasa.

Pun begitu, terdapat khabar angin bertiup mengatakan Xiaomi bukanlah satu-satunya pengeluar yang mungkin muncul dengan peranti bersama persediaan memori 16GB RAM. Sebaliknya, Samsung Galaxy S20 Ultra juga dijangka mungkin membawakan kapasiti RAM yang sama.

Untuk persediaan kamera, Mi 10 Pro bukan sahaja mempunyai simpanan yang besar sebaliknya ia juga mempunyai kamera dengan lensa 108MP dengan persediaan empat kamera utama. Tiga sensor lain termasuklah – 16MP + 12MP + 5MP. Bagaimanapun, kebocoran tidak pula mendedahkan mengenai sokongan kamera selfie.

Untuk bateri pula, Xiaomi mungkin meletakkan bateri berkapasiti 5,250 mAh pada Mi 10 Pro. Ia juga mungkin menyokong pengecasan pantas 66W – yang boleh mengisi semula dalam masa singkat. Tidak ketinggalan, Mi 10 Pro juga dijangka menggunakan sistem operasi Android 10 terus dari kotak. Maklumat tertiris masih lagi rumors. Sama – sama kita tunggu dan kekal bersama eRing untuk lebih info terkini!

[ S U M B E R ]

You might also like