
HTC U 11 Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Fungsi Edge Sense – Fungsi Perah!
HTC, syarikat dari Taiwan ini telah melancarkan peranti flagship mereka seperti yang dijanjikan sebelum ini, iaitu HTC U 11 dengan fungsi Edge Sense.
Fungsi Edge Sense berteknologi baru di pasaran ini mampu “diperah” untuk melakukan tugasan seperti mengambil gambar, membuka pelayar Chrome dan sebagainya. Bahkan, warna yang digunakan pada HTC U 11 ini dilihat seperti air yang berwarna, kerana ia kelihatan begitu berkilau dan lembut jika diperhatikan dari jauh.
Mari kita lihat spesifikasi ringkas HTC U 11 di bawah:-
- Dimensi: 9×75.9×7.9mm / 169g
- Kerangka: Panel gelas di belakang dengan “liquid surface”
- Paparan: 5.0 inci Super LCD 5, 2560 x 1440, 3D Corning Gorilla Glass 5
- Pemproses: Qualcomm Snapdragon 835, Octa-core 2.45GHz 64 bit
- OS / UI: Android 7.1 Nougat / HTC Sense
- Memori: 6GB RAM, 128GB ROM (sokong microSD sehingga 2TB)
- Sambungan: LTE (sehingga 1Gbps), VoLTE, Bluetooth 4.2, NFC, Dual Nano SIM
- Kamera Utama: 12MP UltraPixel 3, f/1.7 Aperture, UltraSpeed Autofocus, OIS, Dual LED flash, rakaman video 4K
- Kamera Depan: 16MP, rakaman video 1080p
- Bateri: 3,000mAh, Quick Charge 3.0, Mod Power Saving
- Sensor: HTC Edge Sense, pengecaman cap jari
- Lain-lain: Kalis Air IP67, USB Type-C, HTC BoomSound Hi-Fi Edition, HTC USonic
Dikhabarkan HTC Malaysia akan membawa masuk ke pasaran tempatan bermula bulan hadapan. Tiga pilihan warna yang ditawarkan buat masa ini iaitu Brilliant Black, Amazing Silver dan Sapphire Blue. Untuk pilihan warna lain, HTC akan menunggu permintaan daripada pengguna dahulu.
Adakah harganya sama dengan HTC U Ultra Sapphire Class yang diletakkan pada RM2,999? Kita nantikan berita selanjutnya dari HTC.