
HTC U 11 Bakal Dilancarkan Pada 16 Mei Dengan Harga Kurang Daripada RM3000?!
HTC bakal melancarkan peranti terbaru mereka HTC U 11 pada 16 Mei, seperti yang diketahui, HTC U 11 akan hadir dengan ciri utama yang dikenali sebagai “360 real-live recording” tetapi masih diragui. Cip pemproses pula akan dikuasakan oleh Qualcomm Snapdragon 835 bersama saiz RAM sebesar 4GB, storan 64GB dan sistem operasi Android 7.0 Nougat.
Paparan skrin membekalkan saiz 5.5 inci QHD dengan aspek nisbah yang biasa, ciri-ciri lain pula termasuk dilengkapi dengan kamera utama 12 Megapiksel serta 16 Megapiksel pada kamera depan. Sistem audio dengan ciri khas HTC Boomsound masih lagi dikekalkan, namun tiada 3.5mm audio jack disediakan.
Di samping itu, HTC U 11 ini akan mendapat penarafan kalis air IP57 dan kuasa bateri berkapasiti 3000mAh dengan sokongan pengecasan pantas Quick Charge 3.0.
Tarikh penjualan HTC U 11 dijangka akan bermula seawal 19 Mei di Taiwan dengan harga sekitar USD659 (kira-kira RM2,857), manakala di negara lain bermula pada 11 Jun 2017.