Tune Talk Tawar Data Strim Video Sehingga 40GB Dengan Pelan Bulanan RM48

Lebih nilai sepanjang hari! Tune Talk kini telah pun kemas kini tawaran pelan telekomunikasi mereka dengan penawaran yang lebih hebat dalam usaha memberikan yang terbaik kepada para pengguna.

Melalui kemas kini baru ini, pengguna bukan sahaja dapat menikmati panggilan tanpa had, 10GB internet asas, serta kuota pek chat sosial tanpa had. Bahkan, mereka juga dapat menikmati tambahan 40GB data khas untuk strim dan tonton video sepanjang hari.

Difahamkan, kuota strim video baru ini boleh digunakan di YouTube, iflix, Netflix, Tonton, Astro Go, Dimsum, Mox Digital, Daily Motion, Alt Balajin, Yupp TV, Viu, Njoi Now, Eros Now dan Klik Film. Andai kata pengguna kehabisan kuota internet, mereka boleh membeli booter tambahan 10GB. Maklumat lanjut, layari Tunetalk.

You might also like