PERHATIAN! Pemilik Pra-Tempah Samsung Galaxy Note7 Di Malaysia Diberi Pilihan Untuk Pengembalian Wang Atau Tukar ke Samsung Galaxy S7 Edge

1Samsung Malaysia Electronics (SME) Sdn Bhd, hari ini telah mengeluarkan kenyataan rasmi yang menggesa semua pemilik pra-tempah Samsung Galaxy Note7 untuk mematikan peranti mereka dengan segera berikutan beberapa kes yang telah dilaporkan sebelum ini.

Selaras dengan isu tersebut, pemilik Samsung Galaxy Note7 di negara ini telah diberi pilihan sama ada menerima pengembalian wang atau membuat pertukaran ke model Samsung Galaxy S7 edge, dengan syarat peranti tersebut dikembalikan semula kepada Samsung Malaysia. Para pemilik Galaxy Note7 akan dihubungi oleh Khidmat Pelanggan Samsung, pengendali rangkaian mudah alih atau rakan kongsi runcit yang terlibat bermula 13 Oktober 2016 ini.2

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Samsung Malaysia Careline di talian 1-800-88-7799.

You might also like