Aduh, Ada Lagi Masalah Samsung Galaxy Note7

Samsung Galaxy Note7 menjadi perbualan hangat seluruh dunia apabila beberapa puluh peranti model itu dilaporkan terbakar dan meletup. Sebagai sebuah syarikat bereputasi tinggi, Samsung memutuskan untuk menghentikan jualan, menarik balik stok dan juga menggantikan peranti yang sudah dibeli pengguna. Proses penggantian peranti sudah pun dijalankan secara berfasa di negara-negara seluruh dunia, namun timbul pula masalah.

2Seorang pengguna di Amerika Syarikat yang sudah menerima model gantian Galaxy Note7 terkejut apabila perantinya mula mengeluarkan kepulan asap ketika beliau berada di dalam pesawat penerbangan. Berikutan insiden tersebut, penumpang dan krew kapal terpaksa mengosongkan pesawat sehingga semuanya dijamin selamat. Menurut Brian Green, beliau mula menggunakan model gantian tersebut dua minggu lalu apabila menerima mesej dari Samsung untuk menukar peranti yang dimilikinya.

Nampaknya insiden ini merencatkan sedikit usaha Samsung untuk memulihkan imej mereka yang semakin hangat kebelakangan ini. Diharapkan segala usaha untuk memperbaiki segala kelemahan ini berjalan lancar, apa yang penting adalah keselamatan para pengguna diutamakan.

You might also like