Barisan Peranti Bajet Baharu Neffos Diperkenalkan – C9, C9A & C7A

Seiring dengan pelancaran Neffos X9, seperti biasa TP-Link turut membawa tiga lagi model bajet terdiri daripada Neffos C9, C9A dan C7A.

Neffos C9/C9A masing-masing hadir dengan skrin 5.99 inci dan 5.45 inci, kedua-duanya menyokong paparan FullView seperti X9.

Pembinaan kamera utama 13MP dengan LED flash disediakan pada kedua-duanya, manakala kamera hadapan berbeza di mana C9 menyediakan 8MP dan C9A hanya 5MP tetapi di bawah sistem Softlight Camera mampu memberi hasil penggambaran sama ada malam atau swafoto yang cantik.

C9/C9A

Dikuasakan dengan pemproses MTK6739WW Quad-core, 2GB RAM dan 16GB ROM, kapasiti bateri C9 adalah 3840mAh, manakala C9A lebih kecil iaitu 3020mAh.

Sementara Neffos C7A pula antara yang paling murah dengan spesifikasi kelas permulaan, seperti skrin 5.0 inci, 8MP kamera utama dan 5MP kamera hadapan, 2GB RAM dan 16GB ROM, Dual SIM serta bateri 2330mAh, semua ini dioperasikan di bawah Android 8.1.

C7A

C9 berharga RM479 dan bermula dijual pada akhir bulan Ogos 2018, sementara C9A boleh dibeli dengan harga RM429 mulai sekarang. Terdapat dua pilihan warna iaitu Cloudy Gray dan Moonlight Silver. Bagi C7A pula hanya warna Gray sahaja, tawaran harga pula RM359.

 

 

You might also like