
TP-Link Malaysia baru sahaja melancarkan barisan peranti Neffos yang di bawah harga RM800, dan salah satu adalah Neffos X9. Peranti ini dilengkapi dengan paparan skrin 5.5 inci FullView Display, sokongan mod Night Display amat sesuai bagi mereka yang suka menggunakan peranti sebelum tidur.
Dwi kamera 13MP + 5MP pada panel belakang menawaran efek bokeh yang cantik pada gambar potret, selain itu PDAF dan f/2.0 aperture juga memastikan gambar diambil lebih jelas dan memuaskan. Tidak lupa pada 8MP kamera hadapan yang mampu meningkatkan hasil gambar swafoto dengan adanya AI Beautification.
Neffos X9 dikuasakan oleh pemproses Octa-core di bawah sistem operasi Android 8.1 Oreo dalam dua varian, iaitu 3GB RAM dan 32GB ROM, serta 4GB RAM dan 64GB ROM. Sistem keselamatan Face Unlock juga terbina dalam bersama teknologi AI terkini, manakala kapasiti bateri untuk X9 adalah 3060mAh.
Kepada yang berminat, Neffos X9 boleh didapati dalam dua pilihan warna iaitu Space Black dan Monlight Silver. Harga jualan adalah RM599 bagi varian 3GB RAM, manakala RM799 bagi varian 4GB RAM boleh didapati bermula akhir bulan Ogos 2018 nanti.

