- Iklan -

Lazada Umum Lee Min Ho Sebagai Duta Jenama Serantau!!!

Lazada mengumumkan kerjasamanya dengan selebriti lelaki terkemuka Korea Selatan, Lee Min Ho.  Menambahkan lagi seri sambutan Festival Beli-Belah 11.11. 

Lee Min Ho dikenali oleh pembeli Lazada dengan personalitinya yang bersemangat, optimis dan  sering memberikan galakan kepada peminatnya. Beliau digemari oleh para peminatnya di rantau ini  kerana peranan utamanya dalam siri televisyen popular seperti Boys Over Flowers, City Hunter dan  baru-baru ini The King: Eternal Monarch.

Sebagai wajah yang terlibat dengan acara Beli-belah Lazada 11.11, Lee Min Ho akan membintangi  iklan televisyen yang memaparkan rutin hariannya ketika membeli-belah secara dalam talian. Beliau  menikmati kemudahan dan pelbagai jenis trend yang dapat memenuhi keperluan gaya hidupnya  mulai daripada fesyen, sukan, kecantikan serta produk untuk kesejahteraan diri.

Bagi kempen iklan pula, Lee Min Ho juga akan bekerjasama dengan duta jenama tempatan Lazada di  seluruh Asia Tenggara seperti Agnes Monica dan Verrel Bramasta (Indonesia), Ayda Jebat (Malaysia),  Kathryn Bernardo (Filipina), Bella Ranee Campen (Thailand) dan Chi Pu (Vietnam). Mereka akan  mempamerkan cara untuk menyebarkan keceriaan semasa membeli bungkusan yang membawa  kegembiraan ke dalam hidup mereka.

You might also like