Rehat & Rawat (R&R) Air Keroh Pertama Menggunakan Pembayaran Tanpa Tunai, Boost

Datuk Azman Ismail, Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad memberi ucapan sempena pelancaran usahasama ini.

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah mengumumkan usahasama bersama Boost di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh (Arah Selatan) hari ini. Usahasama di antara PLUS dan Boost menandakan detik bersejarah, di mana R&R Air Keroh adalah yang pertama menggunakan pembayaran tanpa tunai ini.

Inisiatif ini sekaligus menyokong usaha PLUS untuk menaiktaraf gaya hidup menjadi masyarakat digital. PLUS juga berasa teruja melancarkan inisiatif ini bersama rakan usahasama seperti Boost dan berharap Rakan Niaga PLUS dan pengguna di Malaysia mendapat pengalaman menyeluruh yang memberi manfaat kepada gaya hidup mereka.

Boost yang dibangunkan sepenuhnya di dalam negara bertujuan untuk merevolusikan cara pengguna di Malaysia melakukan transaksi harian dengan pembayaran tanpa tunai ataupun menggunakan kad.

Setakat ini, Boost telah menerima lebih 800,000 pengguna dengan rangkaian peniaga atas talian dan luar talian di lebih 5,000 lokasi. Boost turut berhasrat untuk menjadi pesaing utama dalam pasaran e-dompet dengan menjadi e-dompet pilihan dalam kalangan pengguna di Malaysia.

Pengguna telefon pintar boleh memuat turun aplikasi Boost ini di Play Store mahupun App Store.

You might also like