
Telenor Group, salah satu pembekal telekomunikasi mudah alih dunia, hari ini mengumumkan pelancaran Valyou, sebuah perkhidmatan kewangan mudah alih yang menawarkan servis pengurusan wang mudah alih yang mampu dimiliki dan mudah di Malaysia melalui aplikasi dompet mudah alih. Aplikasi Valyou kini sudah boleh dimuat turun di peranti Android.
Pada bulan Mei 2016, Telenor mengambil alih Prabhu Money Transfer Sdn Bhd ( “Prabhu”), sebuah perniagaan perkhidmatan wang berlesen berpangkalan di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan pengiriman wang antarabangsa kepada pelbagai negara. Setelah dijenamakan semula kepada Valyou, Telenor memanfaatkan saluran pengedaran yang mantap syarikat yang telah diambil alih dan pengalaman bagi mengukuhkan perkhidmatan kewangan mudah alih di Asia.
Menurut Khurram Malik (Ketua Pegawai Eksekutif Valyou), dompet mudah alih Valyou adalah cara yang paling mudah selamat untuk menyimpan dan menguruskan wang tunai dari peranti mudah alih anda; penyelesaian e-wang mudah yang bertujuan untuk memberi perkhidmatan yang berpatutan bagi golongan bependapatan rendah.
Dompet mudah alih Valyou adalah lebih selamat daripada mempunyai wang tunai dalam dompet anda, ia memerlukan pin 6-digit untuk akses sebelum boleh digunakan untuk:
Cash-In , Cash-Out
-deposit atau keluarkan wang dari atas talian, kedai yang mengambil bahagian atau ejen sah.
P2P Transfer
-Pindah wang dari satu dompet Valyou ke dompet Valyou yang lain.
Kiriman Wang Antarabangsa
-Hantar wang ke luar negara secara langsung dari Valyou.
Airtime Top-up
-Tambah nilai akaun pra-bayar anda.
Pembayaran bil
-Bayaran bil telefon atau utiliti.
Permainan dalam talian
-Tambah nilai kredit atau wang untuk pembelian in-app-purchase.