
Kamera aksi dengan kebolehan rakaman dan tangkapan imej 360 darjah kini sudah tiba di Malaysia. Apa yang membezakan kamera aksi 360fly dengan kamera aksi lain adalah ia hanya menggunakan satu lensa sahaja bagi mendapatkan imej 360 darjah, setup ini sekaligus menyingkirkan proses stitching yang kebiasaannya diaplikasikan kamera 360 darjah dengan beberapa lensa atau multiple shot.
360fly hadir dalam dua variasi iaitu 360fly HD dan 360fly 4K, kedua-duanya boleh disambungkan ke aplikasi 360fly yang disediakan untuk peranti iOS dan juga Android. Perbezaan kedua-dua model ini boleh dilihat pada spesifikasi dan kemampuan kamera, anda boleh rujuk jadual spesifikasi yang disediakan:-
| 360fly 4K | Spesifikasi | 360fly HD |
| 61mm Sphere | Saiz | 61mm Sphere |
| 172g | Berat | 142g |
| 64GB | Kapasiti Storan | 16GB |
| 2880 x 2880 Piksel | Resolusi | 1504 x 1504 Piksel |
| Wi-Fi [802.11b/g/n] Bluetooth 4.0 | Sambungan | Wi-Fi [802.11b/g/n] Bluetooth 4.0 |
| 50 Mbps | Kadar Saiz Rakaman | 20 Mbps |
| 1780mAh | Bateri | 1630mAh |
| Stereo ACC 48KHz 96Kbps | Format Audio | Mono ACC 48KHz 64 Kbps |
| Kalis air sehingga kedalaman 1 meter, kalis debu serta hentakan | IP67 Rating | Kalis air sehingga kedalaman 1 meter, kalis debu serta hentakan |
| RM 2,990 | Harga Jualan | RM 1,990 |

