Dari Tenaga Manusia Ke Robot 60,000 Pekerja Kilang Komponen Smartphone Hilang Sumber Pendapatan

2.2Pembekal komponen smartphone Apple dan Samsung, Foxconn baru-baru ini telah mengambil langkah yang sangat drastik dengan mengurangkan tenaga kerja kilang mereka seramai 110,000 orang kepada hanya 50,000 orang.

Langkah tersebut menyebabkan 60,000 pekerja kilang tersebut hilang sumber pendapatan kerana tempat mereka sudah digantikan dengan teknologi robotik.

Di dalam kenyataan media mereka kepada BBC, Foxconn berkata kebanyakan operasi yang digantikan dengan teknologi robotik adalah berkaitan dengan tugasan berulang di mana pilihan menggunakan robot adalah lebih baik dan efisien berbanding tenaga manusia.

Seorang konsultan yang melakukan kajian bersama Universiti Oxford berkata, lebih 35% pekerjaan bakal terjejas oleh teknologi robotik dalam jangka masa 20 tahun akan datang.

You might also like