Sebab Kukuh Untuk Membeli OPPO F9, Apa Kata Mereka?

Kehadiran OPPO F9 ternyata meraih perhatian tersendiri di samping mendapat pelbagai pengiktirafan kejayaan dari segi reka bentuk dan teknologinya.  Kejayaan ini terbukti apabila OPPO berjaya mengekalkan rekod jualan cemerlang melalui F9 yang dikatakan meningkat dua kali ganda berbanding model sebelumnya, OPPO F7 – 32 unit dijual setiap minit.

Ekoran sambutan menggalakkan yang diterima, OPPO tidak ketinggalan mengumpul pelbagai cerita menarik di sebalik pembelian F9 di samping sebab-musabab ‘besar’ mengapa pelanggan memilih untuk memiliki peranti pintar berteknologi tinggi itu.

CERITA PERTAMA

Cerita pertama berlaku di Klang di mana pembelinya adalah seorang pelajar yang telah lama menjadi pengguna OPPO sejak keluaran OPPO F5. Dia memilih untuk membeli F9 kerana telefon pintar terdahulu tidak mempunyai pengecasan pantas yang mana boleh menjadi masalah kepada pelajar yang banyak melakukan kegiatan luar. Tetapi dengan F9, kini dia dapat menjimatkan lebih banyak masa di samping dapat menikmati lebih banyak kegiatan di luar tanpa perlu bergantung pada powerbank.

CERITA KEDUA

Kisah kedua juga merupakan pengguna OPPO sedia ada yang telah menggunakan telefon pintar sejak keluaran OPPO F1s. Dia memberitahu alasannya memilih F9 kerana keupayaan kamera hadapan sebesar 25 Megapiksel yang disokong dengan teknologi AI menjadikan gambar lebih menarik. Selain itu, penawaran harga jualan yang mampu milik juga merupakan salah satu sebab dia tertarik untuk memiliki peranti pintar tersebut.

CERITA KETIGA

Kisah ketiga berlaku di Alor Star, Kedah di mana pembelinya adalah seorang jurutera. Pembeli berkata, dia mengambil keputusan untuk membeli F9 selepas diperkenalkan oleh rakan-rakannya. Sebagai seorang peminat OPPO yang telah menyokong setiap peranti keluaran syarikat itu, dia memberitahu tiada sebab untuk tidak memiliki F9 kerana peranti itu benar-benar bernilai untuk dimiliki. Disamping itu, ia juga  mempunyai reka bentuk yang sangat cantik dan disokong teknologi VOOC Flash Charge yang mana memastikan keselamatan ketika bermain permainan semasa mengecas.

Baca juga :

You might also like