
Jenama Acer sememangnya terkenal dengan produk komputer mereka, syarikat yang berpengkalan di Taiwan ini kini telah menempa nama di seluruh dunia sebagai salah satu jenama yang dipercayai ramai.
Acer Malaysia sekali lagi diraikan sebagai pilihan jenama terbaik dalam IT pada malam berprestij BestBrands BrandLaureate Awards 2018. Acer sentiasa berusaha untuk memberikan produk terbaik dengan penawaran teknologi terkini untuk memberikan pengalaman berbeza kepada pelanggan. Ia selaras dengan permintaan pasaran yang sesuai untuk pelbagai segmen pelanggan berlainan.
Dengan tema ‘Innovate to Intreatate’, BrandLaureate Prominnent Business BestBrands Awards 2018 dianjurkan oleh Yayasan Jenama Asia Pasifik (APBF) bagi meraikan jenama yang mengalami peningkatan ketara sebagai tanda semangat dan dedikasi dalam pembinaan jenama.