
Dapatkan Wallpaper OnePlus 3T Di Sini
Hampus Olsson, nama yang mungkin kita kurang familiar di dalam dunia teknologi, namun beliau adalah salah seorang pereka yang banyak menghasilkan imej dan wallpaper bercirikan abstract untuk syarikat-syarikat teknologi. Bagi peminat peranti OnePlus, anda mungkin sudah biasa dengan hasil karya Hampus Olsson, beliaulah yang bertanggungjawab menghasilkan koleksi wallpaper untuk peranti-peranti OnePlus. Pengenalan OnePlus 3T beberapa hari lalu bermakna kita akan dapat melihat koleksi wallpaper baru dari Hampus Olsson.
Lebih baik lagi, kini anda boleh mendapatkan wallpaper ini yang dikongsi secara langsung oleh Hampus Olsson. Layari dan klik sahaja mana-mana wallpaper yang anda mahu untuk muat turun, enjoy!

