
GoPro Seeker Backpack, Beg GoPro Yang Tahan Lasak
Masih ingat dengan kamera popular GoPro yang mampu membuat rakaman video sukan lasak? Walaupun menampilkan rekaan kecil, spesifikasi gah kerana mampu membuat rakaman video berkualiti tinggi. Kepada pemilik kamera GoPro, terbaru muncul sebuah GoPro Seeker Backpack yang direka khas untuk kegunaan seharian anda.
GoPro Seeker Backpack hadir dengan rekaan mirip seperti beg galas biasa, tetapi ia mempunyai tempat khas untuk anda meletakkan GoPro pada tali beg. Ia secara tidak langsung memudahkan membuat rakaman video ketika berjalan mahupun menunggang basikal.

Di bahagian dalamnya pula tersedia tempat simpanan khas untuk lima buah kamera GoPro bersama aksesori seperti bateri dan juga kad memori tambahan. Lebih menarik lagi, pada sebelah tepi GoPro Seeker Backpack tersedia sebuah monopod. Ditawarkan pada harga USD 169.99 (anggaran RM 679), rekaannya yang tahan lasak sangat sesuai untuk memastikan peralatan videografi yang di bawa dapat dilindungi.


