
Telefon pintar milik Samsung sememangnya mendapat sambutan menggalakkan dari pengguna Android di Malaysia. Tetapi, untuk membeli peranti ini anda perlu ke kedai atau membelinya secara dalam talian seperti Lazada, 11street dan juga Shopee.
Hari ini, Samsung Electronics Malaysia dengan rasminya membuka kedai dalam talian mereka sendiri untuk jualan pelbagai produk miliknya seperti telefon pintar, tablet, jam tangan pintar serta penjejak kesihatan.
Bermula 5 Julai sehingga 31 Julai 2018, Samsung menawarkan sebuah powerbank berkapasiti 5,100mAh bernilai RM249 secara percuma dengan setiap pembelian telefon pintar atau tablet menerusi kedai dalam talian ini. Hanya terhad untuk 100 orang pelanggan sahaja.
Kepada pengguna yang membeli menerusi kedai dalam talian ini, Samsung menawarkan kos penghantaran percuma dan juga waranti terus dari Samsung. Untuk maklumat lanjut, boleh layari Samsung Malaysia.

