Google I/O – Google Assistant Untuk Peranti iOS

Masih ingat sebelum ini kami pernah menyiarkan berita pasal Google Assistant pada peranti iOS? Ya, dalam acara yang sama, Google turut memperkenalkan Google Assistant kepada peranti yang menggunakan platfom iOS yang tidak lama lagi boleh didapati di Apps Store. Tetapi fungsi pada Google Assistant ini dihadkan, tidak seperti yang terdapat pada platfom Android kerana pembangun menghadapi masalah API. Namun, fungsi seperti menghantar mesej dan memainkan lagu masih lagi boleh diperolehi, kata Google.

Apabila skrin dalam keadaan terpadam, pengguna tidak boleh mengejutkan Google Assistant dengan berkata “OK, Google”, kerana anda perlu mengaktifkan aplikasi Google Assistant terlebih dahulu. Ini bermakna fungsi Siri masih lagi diutamakan pada peranti iOS.

You might also like