
Google I/O – Ciri-Ciri Baru Diperkenalkan Pada Android O Beta
Android O adalah sistem operasi platfom terbaru Google selepas Android 7.0 Nougat kebanyakannya yang masih belum diterima sepenuhnya oleh mana-mana telefon pintar. Sistem operasi ini akan dilancarkan secara rasmi antara bulan Jun sehingga bulan September nanti.
Sementara itu, versi Beta hanya boleh didapati di peranti Google Pixel, Google Pixel XL, Nexus 6P, Nexus 5X, atau Pixel C buat masa sekarang. Acara Google I/O ini juga memperkenalkan Project Treble iaitu insiatif kepada peranti yang lain untuk menerima kemas kini terbaru Andorid O.
Picture In Picture
Seperti yang kita lihat pada iPad atau aplikasi pihak ketiga, ciri ini membolehkan pengguna menggunakan dua aplikasi secara serentak, di mana aplikasi yang kedua akan ditindihkan di atas aplikasi sedia ada. Seperti contoh, anda sedang menaip mesej pada masa yang sama ingin menonton video, ini adalah ciri kecil yang ditambah daripada ciri asal multi-tasking dan juga split-screen pada Android 7.1.1 Nougat.
Faster Boot Time
Jika sebelum ini masa yang diambil untuk memproses sesuatu data atau membuka aplikasi bergantung kepada perkakasan dalaman peranti. Kini, perisian Android O akan membantu peranti memproses dengan lebih cepat malah membuka aplikasi akan menjadi lebih laju.
Restricted Background Activities
Ini adalah ciri yang akan menjimatkan bateri sesebuah peranti, dengan menyahkan sebarang aktiviti background. Bersama-sama mod Doze yang ada pada Nougat sebelum ini, ia akan memberikan pengguna masa menunggu yang lebih lama.
Notification
Setiap versi baru Android akan membawakan kemas kini untuk notifikasi dan Android O juga tidak terkecuali. Sebelum ini, Android Nougat membolehkan pengguna untuk mengambil tindakan dalam panel notifikasi itu, dan seperti yang kita lihat dalam pratonton pemaju pertama, kini pemaju boleh memberikan kuasa yang lebih besar kepada pengguna untuk bertukar-tukar tetapan yang biasanya memerlukan pencarian melalui menu selepas menu.
Contextual Press-To-Hold Options
Pengguna sering menyalin teks atau pautan untuk paste di tempat lain, tidak dengan Android O kerana sokongan pembelajaran mesin akan membantu pengguna untuk mengakses dengan lebih cepat. Seperti contoh, pengguna highlights sesuatu nombor telefon dan ia akan terus membawa anda ke pendail telefon.
Notification Dots
Kali ini pengguna boleh melihat sebarang maklumat lanjut atau perkembangan tentang aplikasi yang ditekan lama (tap) tanpa menggunakan aplikasi pihak ketiga. Walaubagaimanapun, pihak pembangun masih belum menerangkan ciri ini secara lanjut, kemungkinan masih di dalam rangka kerja.