Geekbench Dedah Skor HUAWEI P30 – Lebih Tinggi Berbanding HUAWEI P30 Pro?!

Sebelum ini, HUAWEI P30 Pro telah dikesan dalam pangkalan ujian penanda aras Geekbench dengan menyokong cip Kirin 980 dan memori 8GB RAM. Kini, giliran HUAWEI P30 pula muncul – didakwa membawakan cipset yang sama tetapi kapasiti memori lebih rendah iaitu 6GB RAM.

[ BACA : HUAWEI P30 Pro Dikesan Di Pangkalan Data Ujian Antutu – Sokong Kirin 980 + 8GB RAM ]

 

HUAWEI P30 muncul dengan kod nama ELE-L29 dilihat mencatatkan skor sebanyak 3,296 mata dalam ujian satu teras dan 9,900 dalam ujian pelbagai-teras. Perkara ini sekaligus memperlihatkan ia mencatatkan skor lebih baik berbanding HUAWEI P30 Pro – 3,289 mata dalam ujian tunggal dan 9,817 mata untuk ujian pelbagai-teras. Geekbench turut mendedahkan siri HUAWEI P30 dijangka menggunakan Android 9 Pie.

 

Seperti biasa, maklumat tertiris masih lagi ‘rumors’ semata-mata. Segala-galanya bakal terjawab apabila tuan empunya badan sendiri muncul. Apa-apapun sama-sama kita tunggu kemunculan siri ini. HUAWEI memang penuh kejutan tersendiri!

[SUMBER]

___________________________________________________________________

Artikel Berkaitan:
You might also like