Lenovo Z5 Pro Bakal Dilancarkan 1 November?

 

Lenovo telah mengeluarkan satu poster di Weibo yang mana memaparkan bahawa Lenovo Z5 Pro akan dilancarkan pada 1 November 2018. Di dalam poster tersebut, turut memaparkan bahawa telefon tersebut disertakan dengan Camera Slider seperti yang dimilik oleh Oppo Find X dan Xiaomi Mi Mix 3.

Pada poster tersebut menunjukkan sedikit teaser rupa paras telefon berkenaan yang menunjukkan ia disertakan dengan camera slider. Naib Presiden Syarikat berkenaan, Chang Cheng turut berkongsi satu lagi poster yang memaparkan gambaran slider tetapi memparkan 2 sensor di bahagian hadapan, yang memberi gambaran bahawa kamera hadapan mempunyai dwi kamera.

Dalam pada itu, beliau turut berkata bahawa telefon ini turut disertakan pengecaman jari pada paparan skrin.

Setelah beberapa janji palsu yang dilakukan oleh Lenovo, agak sukar untuk memberi jaminan kesahihan poster ini. Walau apapun, kita nantikan sahaja pengumuman rasmi daripada syarikat berkenaan.

You might also like