HUAWEI Nova 5 Pro Rasmi, Pamer Keunggulan Dengan Cip Kirin 980 + 4 kamera

Berita baik buat peminat siri HUAWEI Nova, baru sahaja tadi HUAWEI telah melancarkan siri terbaharu HUAWEI Nova 5 yang mana ia disertakan dengan HUAWEI Nova 5 Pro.

Tampil dengan pemproses yang berkuasa iaitu HiSilicon Kirin 980 dan memori sebesar 8GB + 128GB / 8 GB + 256GB pastinya membuatkan pengalaman menggunakan peranti ini sangat baik. kad microSD boleh ditambah sehingga 512GB.

Dijalankan menggunakan Android 9 Pie pastinya sangat baik. GPU juga baik apabila ia didatangkan dengan Mali-G76. Turut Dihadirkan adalah Teknologi GPU Turbo.

Bukan itu sahaja, ia turut dihadirkan dengan skrin bersaiz  6.39 inci OLED (2340 × 1080 piksel) yang memberikan kepuasan tontonan kepada pengguna.

Dalam pada itu, jika dilihat dari aspek kamera, ia turut disertakan dengan 48MP + 16MP + 2MP + 2MP.Manakala bagi kamera hadapan pula ia dihadirkan dengan 32MP(F2.0).

Kapasiti bateri juga adalah besar apabila ia dihadirkan dengan 4200mAh yang memberi daya tahan buat peranti ini. Lebih menakjubkan ia didatangkan dengan pengecasan pantas 40W.

Tampil dengan warna Dilemma Forest (Green), Midsummer Purple, Bright Black and Coral Orange, pastinya akan menarik perhatian sesiapa yang melihatkan.

Bagi HUAWEI Nova 5 Pro, ia bakal dijual pada harga RMB2999(kira-kira RM1812)bagi varian 8GB+128GB. Manakala bagi varian 8GB +256GB, ia bakal dijual pada harga RMB3399(kira-kira RM2054).

 

 

You might also like