
Kaki shopping perlu tahu!
Jualan akhir tahun sentiasa menjadi aktiviti kegilaan kaki shopping, apatah lagi tawaran eksklusif dari pelbagai platform membeli belah sangat memeningkan kepala. ShopBack, peneraju platform Cashback (Pulangan Tunai) dalam talian ingin memudahkan anda membeli dengan bijak, maka telah melancarkan ShopFest.
Jualan akhir tahun yang paling dinanti-nantikan oleh kaki shopping Malaysia, termasuk:
- #MYCYBERSALE – 3 hingga 7 September 2018
- 9 Rewards Day (sebelum ini dikenali sebagai 9.9 Cashback Day) – 7 hingga 9 September 2018
- 11 Singles’ Day – 9 hingga 11 November 2018
- Black Friday Cyber Monday – 23 hingga 26 November 2018
- 12 Online Fever – 10 hingga 12 Disember 2018
- Year End Sale – 15 hingga 31 Disember 2018
Selain mendapatkan maklumat penting dengan mudah di platform ini, pengguna juga boleh mendapat cashback sebanyak 30% serta tawaran super cashback sehingga 90% disediakan dari 30 peneraju e-dagang seperti 11street, Lazada, Expedia, Booking.com dan sebagainya.
Tambahan lagi, ShopBack akan menyediakan hadiah bernilai lebih daripada RM14 juta untuk dimenangi menerusi ShopFest Treasure Chest and Ultimate Experience.
Untuk maklumat lanjut, layari ShopFest atau ikuti FB ShopBack