Raikan Aidilfitri Penuh Makna Bersama Samsung Malaysia – Ganjaran Bernilai Sehingga RM1,000 Dengan Tawaran Raya Samsung 2021!!!

Ramadan telah tiba dan seluruh umat Islam sudah mula berpuasa. Kehangatan Aidilfitri juga semakin terasa dan tahun ini rakyat Malaysia sangat menantikan untuk meraikan sambutan Hari Raya dengan lebih meriah bersama keluarga tersayang setelah setahun kekal berada di rumah. 

Bagi memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri, bermula 15 April, Samsung Malaysia akan mengadakan promosi ‘Raya Bermakna, Meriah Bersama’ yang memberi ganjaran berbaloi dengan menawarkan barang kelengkapan rumah yang hebat dan inovatif untuk membantu rakyat Malaysia melengkapi cara hidup masa kini. Dengan setiap pembelian, nikmati hadiah eksklusif, tawaran pembelian dengan pembelian (PWP), dan peluang untuk memenangi kredit e-Dompet Touch N’ Go bernilai sehingga RM1,000. 

Gayakan Ruang Tamu dengan Paparan Terbaik

Bermula 15 April hingga 30 Jun 2021, pelanggan boleh mendapatkan pelbagai pilihan TV Samsung dengan penjimatan hebat termasuk produk yang baharu dilancarkan iaitu Neo QLED, Crystal UHD, dan pelbagai jenis Monitor. Pelanggan juga boleh menikmati penjimatan sehingga RM1,700 apabila membeli TV Samsung terpilih dan berpeluang mendapatkan Soundbar dengan tawaran harga PWP. 

Untuk menggandakan lagi kemeriahan, setiap pembelian bagi mana-mana model TV1, pelanggan juga berpeluang untuk memenangi kredit e-Dompet Touch N’ Go bernilai sehingga RM1,000.

Memudahkan Tugasan Harian dengan Idea Moden

Perlukan mesin basuh atau pembersih hampagas yang lebih canggih untuk mencuci baju raya baharu dan membersihkan rumah dengan lebih mudah semasa Hari Raya? Ini adalah masa terbaik untuk beralih kepada yang lebih canggih dan membuat pembelian dengan tawaran berbaloi daripada Samsung! Bermula 15 April hingga 30 Mei, pelanggan berpeluang untuk membawa pulang hadiah percuma bernilai sehingga RM599 bagi setiap pembelian peralatan rumah Samsung yang terpilih.

Pelbagai pilihan variasi produk ditawarkan, daripada mesin basuh pintar AI kepada peti sejuk pintar Family Hub dan pembersih hampagas super-cleaning Jet dalam promosi Samsung ‘Raya Bermakna, Meriah Bersama’ yang memberi pilihan untuk melengkapi keperluan setiap keluarga.  

Kekal Berhubung Dengan yang Tersayang Dalam Suasana Norma Baharu

Untuk terus kekal berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan walaupun terpisah oleh jarak jauh, teknologi dan peranti pintar akan membantu menjadikan sambutan Hari Raya anda tetap bermakna dan meriah walaupun kekal berada di rumah. Bermula 16 April – 31 Mei 2021, pelanggan boleh mendapatkan hadiah percuma daripada Samsung bernilai sehingga RM917 dengan pembelian mana-mana model Samsung Galaxy yang disenaraikan dalam promosi! 

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai promosi Samsung ‘Raya Bermakna Meriah Bersama’, sila layari: https://www.samsung.com/my/offer/rayabermakna2021/  

You might also like