Touch ‘n Go eWallet Mudahkan Transaksi Bayaran Tempat Letak Kereta Dengan Ciri ‘Street Parking’ Baharu

Selain pembayaran tol, Touch ‘n Go eWallet kini menawarkan lebih banyak kemudahan mobiliti kepada pengguna jalan raya. Terbaru, Touch ‘n Go eWallet telah menyediakan kemudahan pembayaran tempat letak kereta ‘street parking’ di bawah bidang kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Perbandaran Subang Jaya, Perbadanan Putrajaya, Majlis Daerah Kuala Langat Selangor dan Majlis Perbandaran Kota Bharu.

Meskipun kemudahan ini sudah pun dilaksanakan di lima daerah tersebut, namun Touch ‘n Go eWallet giat bekerjasama dengan majlis perbandaran lain di seluruh Malaysia untuk menyediakan lebih banyak pilihan pembayaran tempat letak kereta untuk pengguna pada masa akan datang.

Pada masa sama, Touch ‘n Go eWallet juga kini menganjurkan dua (2) promosi berterusan bertujuan memberi ganjaran kepada para pengguna yang menggunakan perkhidmatan tanpa tunai dan membuat bayaran menerusi ciri ‘street parking’. Maklumat promosi adalah seperti berikut:

 

                                    Kempen Pulangan Tunai RM3                           

Mulai sekarang hingga 31 Disember 2019, pengguna Touch ‘n Go eWallet boleh nikmati pulangan tunai sehingga RM3 apabila menggunakan ciri ‘street parking’. Promosi terhad kepada lima (5) pulangan tunai sahaja (jumlah terkumpul maksimum adalah sehingga RM3.00) setiap bulan bagi setiap pengguna untuk sepanjang tempoh promosi. Pulangan tunai akan dikreditkan ke akaun Touch ‘n Go eWallet pengguna dalam tempoh 3 hari bekerja.

 

                                         Kempen Cabutan Bertuah                            

Mulai sekarang hingga 22 Disember 2019, para pengguna berpeluang untuk sertai cabutan bertuah ‘Park & Win’ apabila menggunakan ciri ‘street parking’ sekurang-kurangnya dua (2) kali seminggu sepanjang tempoh promosi. Pengguna yang layak juga berpeluang memenangi dua (2) tiket Tayangan Perdana TGV untuk menonton mana-mana filem! Hadiah termasuk satu (1) kombo popcorn di TGV Cinemas.

Pemenang akan dipilih secara rawak dan para pengguna hanya perlu memastikan kriteria di atas dipenuhi. Sebanyak 20 pemenang akan diumumkan setiap minggu menerusi laman web rasmi TNG eWallet dan/atau media sosial iaitu Facebook. Maklumat lanjut layari, Touch ‘n Go.

Muat turun aplikasi Touch n Go eWallet menerusi : Android | iOS

 

You might also like