Ohsem! Sony Xperia Kembali Dengan 6 Kamera Utama + Snapdragon 865?!

Pembangunan fungsi kamera pada peranti pintar semakin pesat berkembang, dari lensa tunggal sehingga 5 lensa, dari 12MP hingga 108MP pertama di dunia. Namun sebut sahaja nama Sony, jenama legenda ini tetap ada peminat tegarnya.

Baru-baru ini, berita acah mengenai Sony Xperia 3 bakal diperkenalkan pada tahun 2020 dan kini ia muncul pula di Geekbench. Dengan kod nama PM-1310 besar kemungkinan ia adalah Xperia 3, melalui perkongsian tersebut ia dilengkapi cip pemproses Snapdragon 865 dan 12GB RAM, dioperasikan Android 10.

Tambahan lagi, gambar acah bahagian kamera turut tertiris di laman sesawang. Melalui gambar, panel belakang diletakkan 6 kamera iaitu 48MP + 20MP + 16MP + 12MP + 8MP + 0.5MP bersama logo Xperia berwarna emas.

Adakah benar rekaan akhir bagi Xperia 3? Tidak pasti lagi, apa pendapat anda pula? Boleh terima?

 

You might also like