

Seperti yang sedia maklum negara yang akan menerima gelombang pertama ketibaan Samsung Galaxy S9 dan S9+ antaranya ialah Malaysia. Oleh itu, Digi telah membuka pra-tempahan awal bermula 1 sehingga 4 Mac 2018 kepada seluruh rakyat Malaysia untuk memiliki salah satu peranti yang tercanggih buat masa ini.
Terdapat hanya dua varian yang ditawarkan oleh Digi iaitu Samsung Galaxy S9 64GB dan Galaxy S9+ 128GB. Bagi Samsung Galaxy S9 hanya terdapat dalam warna hitam, manakala Galaxy S9+ pula ditawarkan dengan tiga pilihan warna iaitu Lilac Purple, Coral Blue dan juga Midnight Black.

Kepada yang berminat, anda boleh mendapatkan Samsung Galaxy S9 dengan harga serendah RM2,269 serta RM2,859 bagi Galaxy S9+. Peranti ini akan mula dihantar kepada pengguna bermula 9 Mac 2018. Anda juga berpeluang untuk mendapatkan hadiah percuma iaitu speaker Bluetooth Harman Kardon Onyx Mini bernilai RM699.
Tawaran yang disediakan Digi ini hanya untuk tempahan dalam talian di Digi Store sahaja. Jika berminat, lawati laman rasmi Samsung Galaxy S9 di Digi Store.


