
Selain Digi, Maxis turut membuka pra-tempahan telefon pintar terbaru Samsung Galaxy S9 dan S9+ yang menawarkan harga dari serendah RM2,099. Maxis menyediakan dua jenis tawaran iaitu kontrak biasa selama 24 bulan tetapi memerlukan bayaran deposit, ataupun melalui Maxis Zerolution tanpa deposit.
Seperti Digi, Maxis juga hanya menawarkan dua varian sahaja iaitu Samsung Galaxy S9 64GB dan Galaxy S9+ 128GB. Kedua-dua model ini hadir dengan tigpilihan warna seperti Lilac Purple, Coral Blue dan Midnight Black.

Jika memilih untuk kontrak biasa selama 24 bulan, anda perlu membayar deposit sebanyak RM516 (MaxisONE 128), RM834 (MaxisONE 158) atau RM954 (MaxisONE 188) dan akan direbat semula kemudian.
Jika anda tidak mahu membayar deposit pula, cara yang lebih mudah adalah melalui Maxis Zerolution. Bayaran bulanan yang perlu dibuat adalah seperti di bawah ini. Manakala untuk bertukar telefon baru setiap tahun, anda perlu menambah RM44 sebulan sebagai bayaran Zerolution.

Pra-tempahan Samsung Galaxy S9 dan S9+ ini bermula 1 hingga 4 Mac 2018, dan dapatkan hadiah percuma pembesar suara Bluetooth Harman Kardon Onyx Mini bernilai RM699, selagi stok masih ada. Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman rasmi Galaxy S9 di Maxis.


