Huawei Mate 10 Porsche Design Diperkenalkan – RAM 6GB Dan Storan 256GB

Bersama-sama pengenalan Huawei Mate 10 dan Mate 10 Pro, Huawei juga mengumumkan varian ketiga barisan Mate 10 tahun ini akan didatangkan dengan model yang lebih eksklusif yang diberi nama Huawei Mate 10 Porsche Design.

Huawei Mate 10 Porsche Design dilengkapi dengan kerangka luaran yang sama seperti Mate 10 Pro. Apa yang menjadi perbezaan ialah warna dan kombinasi warna yang digunakan adalah lebih gelap sinonim dengan tema Porsche Design.

Di bahagian belakang, garisan melintang tidak digunakan malah ia digantikan dengan jalur PD (Porsche Design) secara menegak. Ia kelihatan lebih segak kerana jalur ini bercorak gentian carbon. Dengan warna keseluruhan hitam berkilau ia masih mengekalkan ciri-ciri dalaman yang sama seperti Huawei Mate 10 Pro.

Namun, sedikit peningkatan telah dilakukan, Huawei Mate 10 Porsche Design menerima RAM setinggi 6GB dan storan sebanyak 256GB – empat kali ganda daripada versi Mate 10, sekali ganda berbanding Mate 10 Pro.

Kamera utama menggunakan gabungan sensor Leica 20 Megapiksel monochrome dan 12 Megapiksel RGB dengan aperture f/1.6. Manakala, kamera depan juga masih sama iaitu 8 Megapiksel f/2.0.

Seperti yang diketahui, Huawei Mate 9 Porsche Design tahun lepas dijual pada harga RM6,999. Bagaimanapun, untuk generasi terbaru ini, Huawei masih belum mengeluarkan tanda harganya.

You might also like