Bot Sembang Untuk Menggantikan Anda

2.1

Acara TechCrunch Disrupt Hackathon di New York memperlihatkan sesuatu yang mungkin anda biasa dengar tetapi sedikit unik. Sistem bot sembang adalah sesuatu yang normal, terdapat banyak aplikasi ketika ini yang membolehkan anda bersembang dengan bot, namun bot yang boleh menggantikan diri anda dan bersembang dengan rakan melalui aplikasi mesej adalah sesuatu yang baru.

hack-1-of-1

Irene Chang merupakan orang yang mencetuskan idea ini selepas beliau mendapati amat sukar untuk sentiasa melayani mesej dari rakan-rakan, terutamanya di dalam mesej kumpulan, dia sentiasa terlepas perkara-perkara penting seperti ucapan hari jadi, perayaan dan lain-lain. Dari situ timbul idea untuk membangunkan bot mesej yang boleh melakukan perkara tersebut.

Apa yang menarik adalah bot tersebut mampu mempelajari stail mesej anda dan mengajuknya ketika menghantar mesej kepada rakan anda, jadi anda tidak perlu risau akan risiko perkara ini akan dihidu rakan-rakan. Aplikasi ini masih dalam peringkat pembangunan dan Chang bercadang mengintegrasikan bot ini dengan aplikasi mesej yang popular seperti WeChat, WhatsApp, Kik, Facebook Messenger dan lain-lain.

You might also like