
POCO Bakal Muncul Dengan Peranti Baharu Pada Bulan Hadapan?
Poco F1 diperkenalkan secara rasmi pada 2018 dan ia merupakan sebuah peranti ‘killer’ terbaik. Meskipun didatangkan dengan spesifikasi sebuah peranti mercu, ia tetap ditawarkan pada harga mampu milik dan dikatakan lebih rendah berbanding peranti kelas pertengahan yang lain.

Tahun ini nampaknya Poco bakal muncul dengan kejutan lagi apabila mendedahkan bakal muncul dengan peranti baharu – dijadualkan pada Februari ini. Sumber berkata, ia dikongsi sendiri menerusi laman twitter Poco India dengan memaparkan sebuah imej bertulis “We will launch our new phone next month”. Terbaharu, muncul pula sebuah poster acah dengan tulisan “X2” bakal muncul pada 4 Februari ini. Adakah mungkin POCO X2?Korang teruja? Kekal bersama eRing untuk lebih info terkini.


