
Tonton Euro 2016 Dalam Format Virtual Reality
WOW! Nampaknya peminat bola akan lebih bersemangat apabila mengetahui bahawa format video virtual reality akan digunakan pada siaran pertandingan Euro 2016 di Perancis. Menurut media Eropah, pegawai-pegawai UEFA sudah memberikan kebenaran kepada pengendali media dan siaran untuk meletakkan kamera 360 darjah di kawasan stadium, terowong pemain, bilik persalinan dan bilik media.
UEFA bagaimanapun masih belum mengumumkan perlawanan manakah yang boleh ditonton pada format tersebut, tetapi menurut ura-ura perlawanan separuh akhir dan akhir sudah hampir pasti boleh ditonton secara virtual reality.
Kita masih lagi menunggu pengumuman dari UEFA sama ada rancangan VR tersebut adalah untuk siaran langsung ataupun hanya ulang tayang/rakaman siap.