Mesej Dan Tonton Video Melalui YouTube

youtubeYouTube telah melancarkan satu fungsi terbaru yang membolehkan pengguna berkongsi video dan bersembang tanpa perlu keluar dari aplikasi YouTube. Namun fungsi tersebut kini hanya dinikmati pengguna terpilih sahaja, dan sekiranya anda mengenali orang yang dijemput menggunakan fungsi tersebut, anda boleh meminta mereka pula menjemput anda untuk mencuba.

5.1Langkah tambah baik ini dilihat sebagai salah satu usaha YouTube bagi mengekalkan takhta mereka sebagai platform video atas talian nombor satu di dunia. Ketika ini persaingan yang sengit sedang berlangsung dengan Facebook dan Snapchat untuk memonopoli servis video, selain itu Amazon juga turut melancarkan servis video mereka sendiri minggu lalu.

 

You might also like