ONEXOX Dan Persatuan Kelab Bola Sepak Johor Berkolaborasi Perkenal Pek Permulaan Prabayar Edisi Khas

Pix_001Baru-baru ini Kelab Bola Sepak Johor (JDT) telah menandatangani satu perjanjian kerjasama dengan ONEXOX Sdn Bhd, bagi memperkenalkan pek permulaan prabayar edisi khas yang dikenali sebagai “Southern Tigers Club Prepaid Starter Pack”. Pengumuman kolaborasi ini telah disempurnakan sendiri oleh Pengarah Eksekutif Southern Tigers Sdn Bhd iaitu Rezal bin Dato’ Rahim, bersama dengan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan XOX Bhd iaitu Ng Kok Heng.

Produk premium khas yang diperkenalkan khusus untuk peminat kelab bola sepak JDT ini telah menerima pengubahsuaian USSD EASY MENU yang boleh diakses secara luat atau dalam talian secara percuma dengan mendail kod khas. Sokongan rangkaian 4G LTE yang pantas ini juga turut membolehkan peminat JDT untuk menonton penstriman video perlawanan bola secara langsung terus menerusi saluran rasmi JDTTV. Walaupun pek permulaan ini disasarkan untuk peminat JDT, ianya boleh didapati di seluruh Malaysia.

You might also like