Pengguna TM Streamyx dan UniFi Akan Dicas RM2 Untuk Bil Bercetak Bermula Julai 2016

Mungkin segelintir dari anda sudah menerima ataupun perasan akan email yang diterima dari TM tidak lama dahulu yang menyatakan bil bercetak akan digantikan dengan bil elektronik, namun berita tersebut tidak sampai kepada majoriti pengguna servis TM menyebabkan syarikat tersebut terpaksa menangguhkan implementasinya.

Pada pengumuman terbaru, TM meminta pengguna Streamyx dan UniFi untuk melakukan prosedur peralihan bil dari bercetak ke elektronik bermula daripada bulan Julai 2016 kelak, kegagalan berbuat sedemikian akan menyebabkan anda dicas RM 2 bagi setiap bil bercetak yang anda terima.

Telekom-Malaysia-TM-logo

Menurut TM, langkah memperkenalkan bil elektronik sangat penting dan efektif kerana ianya menjimatkan masa dan kos, selain itu bil tersebut boleh diakses pada setiap masa. Untuk mengaktifkan bil elektronik anda, sila emel help@tm.com.my dengan menyatakan butiran akaun anda atau pergi ke TMpoint berdekatan.

Untuk maklumat anda, pelaggan perkhidmatan telefoni daripada Telekom Malaysia tanpa jalur-lebar akan kekal menerima bil bercetak secara percuma.

You might also like