
Huawei Membawa Antaramuka EMUI 5.0 Kepada Beberapa Perantinya
Huawei telah membangunkan paparan antaramuka terbaru mereka iaitu EMUI 5.0 pada barisan model Huawei P10. Oleh itu, Huawei mengumumkan bahawa mereka telah mengeluarkan kemaskini terbaru kepada peranti mereka seperti berikut:-
Antaramuka terbaru daripada Huawei ini jelas sekali boleh dilihat dari wallpaper homescreen, di samping ia tampak lebih kemas dan teratur apabila digunakan kerana masalah hang dan lag pada EMUI 4 telah dibaiki. Pengguna akan dapati imej-imej ikon ditukar menampakkan UI ini lebih segar dan teruja untuk digunakan.
EMUI 5.0 ini juga akan membersihkan cache data secara automatik untuk memastikan peranti dalam keadaan pantas tanpa sekatan, tidak perlu lagi guna CleanMaster sebagai contoh. Machine Learning Algorithm ini mengenalpasti habit anda semasa menggunakan aplikasi yang selalu dibuka dan dapat mengoptimumkan pemprosesan peranti agar lebih lancar.
https://www.youtube.com/watch?v=__Cj-d3ap50&feature=youtu.be