
Jenama Telco terkemuka di Malaysia, U Mobile hari ini telah berkerjasama dengan Impact malaysia yang merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan telah menghasilkan seni mural yang diinsipirasikan oleh ruangan komuniti belia di Spacerubix, Puchong bagi memberikan kesedaran kepada belia tentang potensi diri mereka.
Majlis pelancaran ini telah dirasmikan oleh Menteri Beliau dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Pelancaran ini memperlihatkan permulaan kempen U Mobile’s Unlimited Moves bersama Impact Malaysia.
Selain daripada seni mural, U Mobile turut memberikan sambungan sebagai usaha mereka untuk memperkasakan pembangunan komuniti belia ini.
Menerusi kempen ini juga, mereka akan melaksanakannya di pusat-pusat komuniti belia terpilih di seluruh negara.
Hal ini bertujuan memberi kesedaran kepada golongan belia terhadap potensi mereka di dalam sukan dan pembangunan komuniti.
Sebagai simbolik kepada perasmian tersebut, YB Syed Saddiq, Heang Tuck dan Ahmed Faris melakukan lontaran bola ke jaring sebagai tanda sokongan mereka kepada penglibatan anak muda di dalam sukan dan pembangunan komuniti.
_________________________
Artikel Berkaitan:
- Data Tanpa Had di Umobile bermula pada RM38!
- Pelan Prabayar U Mobile Unlimited Funz Beri Data Tanpa Had Percuma Untuk Pelbagai Aplikasi…