Pelan Prabayar U Mobile Unlimited Funz Beri Data Tanpa Had Percuma Untuk Pelbagai Aplikasi – Termasuk PUBG!

Bagi memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna, Umobile kini memperkenalkan sebuah pelan prabayar baharu iaitu Unlimited Funz. Pelan baharu ini didatangkan sejumlah penawaran menarik – memberikan data tanpa had untuk pelbagai aplikasi.

 Menariknya, data tanpa had ini tidak hanya terhad untuk aktiviti sosial semata-mata. Sebaliknya, ia turut ditawarkan untuk permainan mudah alih (termasuk Mobile Legends & PUBG) dan perkhidmatan permesejan. Syaratnya, pengguna perlu memastikan talian adalah sentiasa aktif.

Pek SIM ini ditawarkan pada harga RM10 – untuk menikmati tawaran data tanpa had Unlimited Funz, pelanggan perlu menambah minimum RM10 selepas mendaftar untuk pek SIM. Bagi pelanggan sedia ada, jika berniat untuk beralih ke pelan baharu ini anda hanya perlu mendail *118*6*2*3#. Maklumat lanjut layari, Umobile.

You might also like