
Imej Penggoda HUAWEI Nova 5i Pro Diperlihatkan – Bakal Hadir Dalam Tiga Pilihan Warna?
HUAWEI kini dalam persediaan untuk memperkenalkan HUAWEI Nova 5i Pro kepada umum – dijadualkan pada 26 Julai 2019 dalam acara pelancaran di China. Menjelang pelancaran, imej penggoda memaparkan varian warna untuk model tersebut dikatakan telah muncul.
[BACA : HUAWEI Nova 5i Pro Bakal Diperkenal Pada 26 Julai 2019!]
Kebocoran tersebut sekaligus memberi kita gambaran jelas mengenai butiran utama yang dibawa oleh model berkenaan. Memetik imej tersebar, HUAWEI Nova 5i Pro dijangka hadir dalam tiga pilihan warna iaitu hijau, biru (cerun) dan hitam.
Imej tersebut juga memperlihatkan HUAWEI Nova 5i Pro bakal membawakan panel lubang kecil pada paparan hadapan dan persediaan empat kamera utama. Selain itu, pengimbas cap jari juga terlihat diposisikan pada belakang peranti.




