HUAWEI Y9 Prime (2019) Ditawarkan Pada Harga RM899 – Mula Dijual 27 Julai 2019!

Hi semua! Setelah sekian lama berteka-teki, HUAWEI akhirnya berkongsi mengenai harga dan ketersediaan untuk peranti baru mereka iaitu HUAWEI Y9 Prime (2019) untuk pasaran tempatan. Membawakan harga yang kompetatif, HUAWEI Y9 Prime (2019) ditawarkan pada hanya RM899 sahaja! Bagi yang berminat, ketersediaan bermula pada 27 Julai 2019.

Dalam pada itu, HUAWEI juga mengumumkan bahawa mereka bakal mengadakan HUAWEI Carnival 2019 pada 27 Julai – 4 Ogos 2019. Menerusi karnival ini, pelbagai promosi hebat dan hadiah menarik sehingga RM1,000,000 untuk direbut – termasuk sebuah Mercedes-Benz GLA 200 Night Edition, E-Bike Orbit dan Electric Scooter Starlight. Kekal bersama eRing untuk lebih info terkini!

 

SPESIFIKASI HUAWEI Y9 PRIME (2019)

  • EMUI 9.0 + Android 9
  • 6.59″ Ultra FullView Display, FHD+ (2340 x 1080)
  • Cipset Kirin 710F
  • 4GB RAM + 128GB ROM (microSD 512GB)
  • Kamera Hadapan : 16MP (f/2.0)
  • Kamera Utama : 16MP (f/1.8) + 2MP (f/2.4) + 8MP
  • Bateri 4,000mAh (USB Type-C)
  • Midnight Black, Sapphire Blue & Emerald Green
You might also like