Samsung Galaxy Note 5 Kini Hadir Dengan Variasi 64GB Memori Dalaman

2173
- Iklan -

1_meitu_3Samsung Malaysia hari ini memperlihatkan sesuatu yang baru pada barisan Samsung Galaxy Note. Kini anda boleh mendapatkan Galaxy Note 5 dengan kapasiti 64GB ROM untuk menyimpan gambar, video berdefinisi tinggi dan fail-fail lain. Versi baru ini amat sesuai untuk golongan profesional yang didorong oleh produktiviti di mana kini mereka boleh menyimpan pelbagai dokumen penting, gambar, video dan banyak lagi.

Galaxy Note 5 64GB juga dilengkapi dengan S Pen, alat yang sangat berguna untuk mencatat memo, idea dan nota di mana sahaja, lantas mempercepatkan proses kerja dan meningkatkan produktiviti. Galaxy Note 5 64GB ditawarkan bermula hari ini pada harga RM2,399 (termasuk 6% GST) dalam tiga pilihan warna – Silver Titanium, Gold Platinum dan Black Sapphire.