
Betul Ke Rekaan Nokia 9 Hampir Tiada Bingkai?

HMD sudah memberitahu bahawa syarikat mereka akan memperkenalkan sebuah lagi telefon pintar terbaru tidak lama lagi. Kali ini peranti hampir tiada bingkai pula yang Nokia sedang lihat. Perubahan trend skrin penuh di depan kini dilihat menjadi modal kepada pengeluar untuk memasarkan jenama mereka. Jadi untuk Nokia 9, teknologi ini mungkin akan berlaku.
Butang utama di sebelah depan kini diubah dan diletakkan di bawah dua kamera ZEISS di belakang. Posisi tengah yang rendah ini juga lebih mudah dicapai dan diakses menggunakan jari. Manakala di depan, Nokia 9 akan dipadankan dengan paparan AMOLED melengkung sama seperti panel belakang.

Melalui maklumat dari ujian GFXBench, paparan skrin kini menerima saiz 5.3 inci iaitu sama ukuran seperti Nokia 8. Tetapi kebarangkalian skrin besar 5.5 inci mungkin akan dimuatkan di peranti ini.
Bagi memastikan pengguna terus menggangap Nokia sebagai yang terbaik, ia akan hadir dengan set cip Snapdragon 835 (atau mungkin SD845) dan sensor kamera IMX 258 dimana didatangkan dengan sensor monochrome dan RGB sama seperti Nokia 8.
Dikhabarkan, Nokia 9 bakal dijual pada harga bermula Euro750 (kira-kira RM3,764) yang juga menyokong kalis air dan debu tidak seperti flagship sekarang ini, Nokia 8 .

