Realme 5 Pro Laku Macam Goreng Pisang Panas – ‘Sold Out’ Dalam Tempoh 24 Jam Pada Jualan Pertama!

Laku keras! Laku keras! Laku keras! Peranti terbaru daripada Realme nampaknya menerima sambutan hebat daripada peminat setia apabila dikatakan habis terjual dalam tempoh 24 jam pada jualan pertama di Malaysia!

Rentetan daripada itu, Realme Malaysia merakamkan ucapan ribuan terima kasih sebagai penghargaan buat semua atas sokongan tidak berbelah bahagi. Realme juga berjanji akan terus memberikan yang terbaik dengan membawakan lebih banyak produk berteknologi terkini sekaligus memenuhi keperluan ramai.

 

Spesifikasi Realme 5 Pro :

  • Paparan 6.3″ IPS LCD FHD+
  • Nisbah skrin ke kerangka sebanyak 90.8%
  • Corning Gorilla Glass 3+
  • Snapdragon 712 AIE (10nm)
  • 8GB RAM + 128GB ROM
  • Kamera Utama : 48MP Sony IMX586 + 8MP + 2MP + 2MP
  • Kamera Selfie : 16MP Sony IMX471
  • Bateri 4,035mAh + VOOC 3.0
  • Warna : Crystal Green & Sparkling Blue
  • Harga : RM1,099

You might also like