
Apple Akan Melancarkan iPad Pro Dan Siri Speaker Di WWDC?!
Persidangan Pemaju Apple Sedunia (WWDC) pada 5 Jun 2017 ini akan memperkenalkan kemas kini perisian yang terbaru, di samping beberapa peranti baru juga akan turut serta diumumkan. Menurut penganalisis, Apple akan melancarkan Siri Speaker sebagai tindak balas kepada Amazon dan Google bersama-sama dengan iPad Pro terbaru berukuran 10.5 inci skrin.
Siri Speaker didakwa akan menjadi jawapan kepada Amazon Echo dan Google Home, dan penganalisis KGI Ming-Chi Kuo berkata peranti ini akan mempunyai panel sentuh. Ia tidak jelas sama ada terdapat paparan skrin sentuh seperti mana yang ditunjukkan oleh Amazon Echo, atau mungkin akan mempunyai panel butang jenis sentuh. Ia juga dijangka menelan belanja lebih tinggi berbanding pesaing utamanya.

Menurut sumber yang sama, terdapat lebih daripada 70% kemungkinan bahawa Apple akan mendedahkan iPad Pro 10.5 inci yang besar. Ia akan mempunyai dimensi yang sama seperti 9.7″ iPad Pro, tetapi saiz paparan akan dibesarkan, dengan bingkai yang mengecil.

Seperti tradisi, WWDC juga akan menjadi tuan rumah bagi pengumuman iOS baru 11, MacOS 10.13, tvOS 11 dan watchOS 4. Acara ini akan disiarkan secara langsung di laman web Apple, nantikan perasmiannya.