Apakah Cara Bagi Mengelakkan Daripada Terkena Serangan “WannaCry”?

Serangan “WannaCry” dianggarkan sebanyak 210,000 buah komputer di 150 negara terjejas pada hari Jumaat lalu, jumlah mangsa meningkat dengan masa hanya beberapa minit. Walau bagaimanapun, seorang pakar yang mahir tentang perisian telah berkogsi bagaimana untuk menghentikan serangan ini, tetapi itu tidak bermakna ia berkesan sepenuhnya.

Menurut laporan MalwareTech, “Ia adalah penting untuk semua orang faham bahawa semua dari mereka perlu lakukan dengan menukar beberapa kod dan bermula sekali lagi”.

Dalam erti kata lain “Patch sistem anda sekarang!”

Naik taraf Windows adalah salah satu jalan penyelesaian yang boleh mengelakkan terkena virus ini.

Mengikut fakta, WannaCry 2.0 telah dikeluarkan, jadi ini tidak akan berakhir dengan cepat. Anda berisiko jika:

  • Anda menggunakan komputer PC yang menggunakan sistem operasi Windows. Serangan lebih terdedah kepada sistem operasi Windows.
  • Sementara itu, WannaCry tidak akan menjejaskan peranti daripada sistem operasi Mac.

Cara mengatasi bagi mengelakkan daripada terkena serangan ialah anda perlu menaik taraf Windows anda, ini kerana Windows digunakan secara meluas di seluruh dunia. Microsoft telah mengeluarkan kemaskini (patch) secara percuma untuk semua Windows bagi membantu melindunginya daripada serangan tersebut.

Nota tebusan akan dipaparkan sekiranya sistem anda terkena WannaCry

Kebimbangan lain yang dijangka bahawa WannaCry akan cuba untuk menyebarkan di seluruh rangkaian anda, mencari komputer lain yang sama-sama terdedah. Ini bermakna, WannaCry akan cuba memasuki komputer anda melalui sambungan WiFi atau sambungan yang lain seperti contoh pairing connection.

Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) akan terus memantau perkara ini bersama agensi berkuasa yang lain, SKMM turut menasihatkan pengguna supaya mengemaskini perisian mereka kepada versi terkini.

Pengguna disarankan memasang sokongan anti-malware, serta membuat salinan pendua untuk data-data penting dengan segera. Seperti biasa, pengguna juga dinasihatkan supaya tidak membuka sebarang pautan yang mencurigakan dan melaporkan sebarang insiden terus kepada pihak berkuasa.

You might also like